Dec 02, 2021
Pernah dengar pasal genggaman pincer?
Genggaman Pincer adalah penggunaan ibu jari dan jari telunjuk oleh kanak-kanak untuk mengambil barang-barang.
Kanak-kanak perlu kuatkan koordinasi antara jari telunjuk dan ibu jari mereka yang comel untuk membantu mereka menulis nanti.
Jom cuba buat aktiviti atau mainan yang mempunyai bahagian yang longgar, dimana kanak-kanak perlu gunakan tangan & jari mereka, untuk membina otot tangan yang lebih kuat.
Ambil penapis dari dapur dan beberapa pipe cleaner (kat DIY pun ada jual) untuk aktiviti motor halus yang menyeronokkan ini.
Caranya senang sahaja..
????Letakkan beberapa pipe cleaner dalam lubang penapis (mommy daddy demo caranya dulu pada anak) .
????Galakkan anak kecil kita untuk mencabut atau letakkan beberapa pipe cleaner ke dalam lubang penapis itu sendiri.
Aktiviti ini juga bagus untuk tingkatkan daya fokus dan tumpuan si manja.
Selamat mencuba ????